©Copyright Department Of Statistics Malaysia (DOSM) All Rights Reserved
Penerbitan MyAgriStats 2024 merupakan kompilasi statistik yang menghimpunkan maklumat komprehensif sektor Pertanian merangkumi subsektor Tanaman, Ternakan, Perikanan Tangkapan, Akuakultur serta Perhutanan & pembalakan. Statistik yang disusun dalam penerbitan ini diperoleh daripada pelbagai sumber data pentadbiran agensi serta Banci Ekonomi 2023 bagi sektor Pertanian. Selain itu, penerbitan ini turut menyediakan maklumat sehingga ke peringkat daerah pentadbiran bagi membolehkan analisis yang lebih terperinci.
Penerbitan ini memperihalkan evolusi dasar bagi sektor Pertanian di Malaysia, diikuti oleh ringkasan penemuan, jadual statistik umum, statistik utama mengikut aktiviti pertanian serta statistik perdagangan antarabangsa melibatkan negara pengimport dan pengeksport produk pertanian di Malaysia. Penerbitan ini juga menyediakan statistik berkaitan inisiatif Kerajaan melalui Program Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), statistik Program Pembangunan Kumpulan Sasar, senarai harga runcit dan harga ladang bagi produk pertanian terpilih. Ini diikuti statistik Kebun Komuniti di Projek Perumahan Rakyat terpilih dan akhir sekali senarai agensi pertanian di negeri dan daerah.
Penerbitan ini diharapkan dapat menjadi sumber rujukan yang bernilai untuk memperluas pemahaman pembaca mengenai statistik pertanian secara menyeluruh. Selain itu, penerbitan ini juga diharapkan dapat menjadi panduan yang berguna untuk membantu perancangan serta pembuatan keputusan yang lebih tepat, berkesan dan strategik, khususnya dalam pemilihan bidang pertanian yang berpotensi untuk diceburi, selaras dengan keperluan pasaran serta peluang yang tersedia.
Dikeluarkan oleh:
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
6 Julai 2026
Subscribe to our newsletter and stay updated
For interviews, press statement and clarification to the media, contact:
Baharudin Mohamad
Public Relation Officer
Email: baharudin[at]dosm.gov.my
Phone: 03 8090 4681
Not found what you looking for? Request data from us, through
Go to eStatistik
Email: data[at]dosm.gov.my
Phone: 03 8885 7128 (data request)

Text Color
A A A AText Size
A+ A A-