Health Price Index

Preliminary Report of Malaysia Health Price Index, 2025

Latest Release : 7 July 2026
   Share this release
Overview

Inflasi Kesihatan meningkat 3.0 peratus pada tahun 2025


Berdasarkan Laporan Awalan Indeks Harga Kesihatan (IHK) Malaysia, 2025, inflasi kesihatan merekodkan peningkatan 3.0 peratus berbanding 1.4 peratus pada tahun 2024. Peningkatan ini disumbangkan oleh kategori Perkhidmatan Kesihatan yang mencatatkan kenaikan 4.4 peratus (2025) berbanding tahun sebelumnya (2024: 0.9%). Ini berikutan kenaikan kelas perbelanjaan Insurans sebanyak 9.0 peratus berbanding tahun sebelumnya (2024: 0.0%). Kategori Ubat mencatatkan peningkatan 2.7 peratus (2024: 2.2%), diikuti oleh kategori Peralatan Kesihatan yang meningkat 1.2 peratus pada tahun 2025 (2024: 0.6%). Kategori Ubat merupakan komponen terbesar dalam perbelanjaan kesihatan oleh isi rumah di Malaysia dengan sumbangan 38.9 peratus daripada wajaran IHK.


Pembangunan IHK Malaysia merangkumi gabungan komponen kesihatan daripada beberapa kumpulan Indeks Harga Pengguna (IHP). Manakala inflasi kesihatan bagi negara selain Malaysia merujuk kepada inflasi kumpulan Kesihatan yang diterbitkan daripada IHP. Pada tahun 2025, kadar inflasi kesihatan bagi negara-negara terpilih berada pada kadar negatif 0.8 peratus hingga 5.3 peratus. Viet Nam (5.3%) mencatatkan kadar inflasi lebih tinggi daripada Malaysia (3.0%) pada tahun 2025, manakala Thailand mencatatkan inflasi terendah pada negatif 0.8 peratus.


DOSM terus memperkukuh penyampaian statistik rasmi negara melalui pembangunan produk baharu dan menjadi indikator pelengkap kepada pengukuran inflasi berkaitan kesihatan. IHK menjadi sumber rujukan penting bagi mengukur perubahan harga barang dan perkhidmatan kesihatan dalam konteks perbelanjaan isi rumah. Indikator ini dibangunkan dengan mengambil kira aspek rawatan dan pencegahan kesihatan yang merangkumi tiga kategori utama iaitu Ubat, Peralatan Kesihatan dan Perkhidmatan Kesihatan. Penyusunan indeks ini dibangunkan melalui pendekatan gabungan data primer dan sekunder.


IHK dibangunkan bagi menggambarkan sektor kesihatan secara lebih inklusif, menyeluruh dan berasaskan bukti. Statistik yang dihasilkan dapat membantu kerajaan, pemegang taruh dan masyarakat mengenal pasti trend perubahan kos kesihatan, seterusnya menyokong proses perancangan, pelaksanaan dan pemantauan yang lebih berkesan berkaitan inflasi kesihatan. IHK turut melengkapkan usaha kerajaan dalam meningkatkan kecekapan penyampaian sektor kesihatan melalui penyediaan statistik yang lebih komprehensif dan relevan dengan keperluan semasa.


Pembangunan IHK merupakan iltizam DOSM dan pelbagai agensi berkaitan kesihatan di sektor awam dan swasta untuk memperkasa ketersediaan statistik sektor kesihatan yang berkembang pesat. Statistik IHK yang diterbitkan merupakan laporan awalan dan tertakluk kepada semakan semula berdasarkan data terkini dan indikator sektor kesihatan yang lebih komprehensif.


Infographic
Stats Alert
Subscribe
Newsletter

Subscribe to our newsletter and stay updated

Follow Us
Follow our Facebook page and stay updated
Follow

For interviews, press statement and clarification to the media, contact:
Baharudin Mohamad
Public Relation Officer
Email: baharudin[at]dosm.gov.my
Phone: 03 8090 4681


Not found what you looking for? Request data from us, through
Go to eStatistik
Email: data[at]dosm.gov.my
Phone: 03 8885 7128 (data request)

Content

Overview
Infographic
Data
Publication
Press Statement
Technical Notes / Methodology
Stats Alert

Other Publication

Time Series Data
Publication Archive
National Summary Data Page (NSDP)
Pocket Stats

Related Themes

Population & Demography
Environment
Household Income & Expenditure
National Accounts
TOP