©Copyright Department Of Statistics Malaysia (DOSM) All Rights Reserved
?Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi (MPI) pada
tahun 2024 adalah sebanyak 0.0025 berbanding 0.0037 pada tahun 2022.
Indeks MPI di bandar kekal pada 0.0001 untuk
tahun 2022 dan 2024, manakala bagi kawasan luar bandar pula bertambah baik
daripada 0.0164 pada tahun 2022 kepada 0.0109 (2024).
Dimensi pendidikan mencatatkan penambahbaikan
daripada 0.0003 pada tahun 2022 kepada 0.0002 (2024). Bagi pecahan indikator di
bawah dimensi pendidikan, indikator jumlah tahun persekolahan bertambah baik
daripada 0.00025 pada tahun 2022 kepada 0.00012 (2024) manakala indikator
kehadiran ke sekolah bertambah baik daripada 0.00012 pada tahun 2022 kepada
0.00008 (2024).
Dimensi kesihatan mencatatkan penambahbaikan
daripada 0.0027 pada tahun 2022 kepada 0.0019 (2024). Bagi pecahan indikator di
bawah dimensi kesihatan, indikator akses kepada perkhidmatan kesihatan
bertambah baik daripada 0.00126 pada tahun 2022 kepada 0.00086 (2024) manakala
indikator akses kepada bekalan air bersih bertambah baik daripada 0.00141 pada
tahun 2022 kepada 0.00102 (2024).
Dimensi taraf hidup mencatatkan
penambahbaikan daripada 0.0007 pada tahun 2022 kepada 0.0004 (2024). Bagi
pecahan indikator di bawah dimensi taraf hidup, indikator keadaan tempat
kediaman bertambah baik daripada 0.00009 pada tahun 2022 kepada 0.00006 (2024)
manakala indikator kepadatan bilik bertambah baik daripada 0.00011 pada tahun
2022 kepada 0.00007 (2024). Indikator kemudahan tandas rumah bertambah baik
daripada 0.00002 pada tahun 2022 kepada 0.00001 (2024) manakala indikator akses
kepada kemudahan kutipan sampah bertambah baik daripada 0.00042 pada tahun 2022
kepada 0.00028 (2024). Indikator penggunaan kemudahan pengangkutan kekal pada
0.00001 bagi tahun 2022 dan 2024 manakala indikator akses kepada peralatan
komunikasi asas bertambah baik daripada 0.00003 pada tahun 2022 kepada 0.00000
(2024).
Subscribe to our newsletter and stay updated
Untuk temu bual, kenyataan akhbar dan penjelasan kepada media, hubungi:
Baharudin Mohamad
Pegawai Perhubungan Awam
Emel: baharudin[at]dosm.gov.my
Telefon: 03 8090 4681
Tidak jumpa apa yang anda cari? Sila mohon data daripada kami, melalui
Layari eStatistik
Emel: data[at]dosm.gov.my
Telefon: 03 8885 7128 (permintaan data)

Text Color
A A A AText Size
A+ A A-