Sekitar Majlis Peluncuran Portal MyLabourHub yang telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia pada 27 Mei 2025 (Selasa) di Jabatan Perangkaan Malaysia, Putrajaya.
MyLabourHub merupakan platform pintar yang dibangunkan menerusi Malaysian Bureau of Labour Statistics (MBLS) sebagai hab data pasaran buruh berpusat. Portal ini mengintegrasikan data, institusi, dan teknologi dalam menyediakan maklumat pasaran buruh yang terkini, tepat dan mudah diakses oleh semua.
Ia turut menghimpunkan lebih daripada 101 indikator utama dan 128 indikator sokongan ini disusun di bawah lapan tema utama termasuk penawaran dan permintaan buruh, produktiviti buruh, siswazah, sektor informal, kos buruh, perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS), dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).