Gallery Photo

Share this page:


KUNJUNGAN HORMAT SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI LIMAU, SUNGAI BESAR, SELANGOR

80 views

Kunjungan hormat yang diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Ismail Hussin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Limau, Sungai Besar, Selangor dan delegasi kepada YBhg. Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia.
Kunjungan ini bermatlamat untuk mengukuhkan kerjasama strategik dan sinergi antara DOSM dan Sekolah Kebangsaan Sungai Limau, Sungai Besar, Selangor sebagai Sekolah Angkat MADANI Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam membincangkan data dan pembangunan digital dalam perkhidmatan khasnya pengurusan data sekolah.
Semoga kerjasama dan hubungan strategik ini dapat memperkukuhkan Sistem Statistik Negara dalam pembangunan data Negara selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Back to gallery list
TOP