Hari ini, Jabatan Perangkaan Malaysia berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Dato' Marzunisham Omar, Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) bersama delegasi.
Pertemuan bermakna bersama Ketua Perangkawan Malaysia ini memfokuskan kepada langkah untuk memperkukuh kolaborasi perkongsian data-data kritikal negara, termasuk:
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK);
Imbangan Pembayaran (BOP);
Produktiviti & Pasaran Buruh dan
Analisis Ekonomi Terpilih.
Semoga kerjasama erat ini terus memantapkan Sistem Statistik Negara, sejajar dengan aspirasi.