Gallery Photo

Share this page:


MAJLIS PELUNCURAN LAPORAN INTERIM BANCI PERTANIAN 2024

44 views

Sekitar suasana Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024 yang telah dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri pada 29 Mei 2025 di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Selangor.
Majlis ini turut dihadiri oleh YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM); YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan; dan YBhg. Dato' Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.
Antara pengisian majlis ini, YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia telah membentangkan Laporan Interim Banci Pertanian 2024 yang memaparkan dapatan awal daripada banci yang dilaksanakan di seluruh negara.
Back to gallery list
TOP