Gallery Photo

Share this page:


JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA (DOSM) TELAH MENGADAKAN PAMERAN SEMPENA MAJLIS PENEMPATAN KIOSK STATSDIGITAL DI PERPUSTAKAAN TUN SRI LANANG (PTSL), UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

360 views

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah mengadakan pameran sempena Majlis Penempatan Kiosk StatsDigital di Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai simbolik kerjasama strategik antara DOSM dan UKM dalam memperkukuh budaya literasi statistik serta memperluas akses kepada data rasmi negara.
Pameran ini turut memberi pendedahan kepada pengunjung mengenai pelaksanaan Banci Ekonomi 2026 yang sedang berlangsung, selaras dengan usaha memperkukuh penggunaan data berkualiti dalam perancangan dan pembangunan negara.
Selain itu, YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia turut berkongsi mengenai Kalkulator Jangka Hayat serta Kalkulator Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) kepada para pelajar bagi meningkatkan kefahaman terhadap penggunaan statistik dalam kehidupan harian.
Back to gallery list
TOP