Kunjungan hormat yang diketuai oleh YBrs. Tuan Azwan Baharuddin, Country Managing Director, Accenture Malaysia. Turut hadir YBhg. Dato' Lawrence Low, Senior Advisor, Accenture Malaysia dan delegasi kepada YBhg. Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia.
Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh kerjasama strategik dan sinergi antara DOSM dan Accenture Malaysia dalam membincangkan penyelarasan data dan perkongsian maklumat, penambahbaikan kualiti data selaras dengan memfokuskan kepada pemanfaatan inovasi dan teknologi.
Semoga kerjasama dan hubungan strategik ini dapat memperkukuhkan Sistem Statistik Negara dalam pembangunan data Negara selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.