MAJLIS SILATURAHIM & PENGIMARAHAN RAMADAN AL- KARIM 2026M/1447H
195 views
Others
13 March 2026
Putrajaya
Persatuan Kebajikan Islam Statistik Malaysia telah menganjurkan Majlis Silaturahim & Pengimarahan Ramadan Al-Karim pada 12 Mac 2026 (22 Ramadan 1447H) bertempat di Dewan Anggerik, DOSM.
Majlis berbuka puasa ini telah dihadiri oleh YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Haji Mohd Nasir, Menteri Ekonomi serta YBhg. Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia dan tetamu jemputan yang lain.
Majlis tersebut turut diserikan dengan sesi pengisian tadabbur al-Quran serta penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim Jabatan dan pusat tahfiz oleh YB Menteri Ekonomi. Majlis diakhiri dengan solat fardu dan solat sunat Tarawih secara berjemaah bersama-sama warga DOSM.
Warga Jabatan Perangkaan Malaysia mendoakan keberkatan ibadah buat seluruh umat Islam di bulan Ramadan ini serta menyusun sepuluh jari memohon maaf zahir dan batin sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.