Kunjungan hormat yang diketuai oleh YBhg. Dato' Zainal Azman Abu Seman, Pengerusi Eksekutif ABP Consultancy & Advisory Plt. dan delegasi kepada YBhg. Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia.
Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh kerjasama strategik dan sinergi antara DOSM dan ABPCAS Plt. bagi membincangkan perancangan program dan inisiatif dalam menghadapi peningkatan populasi warga emas serta cabaran penuaan penduduk menjelang tahun 2045.
Semoga kerjasama dan hubungan strategik ini dapat memperkukuhkan Sistem Statistik Negara dalam pembangunan data Negara selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.