Kunjungan hormat yang diketuai oleh YBrs. Chia Jooi Sin, Pengurus Syarikat QL Maxincome Sdn. Bhd. dan delegasi kepada YBhg. Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia.
Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh kerjasama strategik dan sinergi antara QL Maxincome Sdn. Bhd. dalam membincangkan data berkaitan Banci Ekonomi bagi tujuan perkongsian maklumat, penambahbaikan kualiti data serta menyokong perancangan dan pembangunan ekonomi yang lebih komprehensif.
Semoga kerjasama dan hubungan strategik ini dapat memperkukuhkan Sistem Statistik Negara dalam pembangunan data Negara selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.