Gallery Photo

Share this page:


PROGRAM MAJLIS SYARAHAN DAN LAWATAN AKADEMIK UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN)

26 views

Sekitar program Majlis Syarahan dan Lawatan Akademik Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) yang telah diadakan pada 9 Mei 2025. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan yang lebih mendalam kepada para pelajar mengenai kepentingan ilmu statistik dalam pelbagai bidang. Melalui lawatan akademik ini, pelajar berpeluang memahami dengan lebih jelas konsep pengurusan data, teknik penganalisisan data, serta bagaimana statistik digunakan dalam membuat keputusan berasaskan data. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelajar terhadap peranan statistik dalam pelbagai sektor, termasuk ekonomi, perniagaan, dan dasar awam, sekaligus mempersiapkan mereka dengan kemahiran yang relevan untuk keperluan industri masa kini.
Program ini dimulakan dengan ucapan daripada YBrs. Dr. Azlina Abdullah, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar & Alumni, UNITEN dan disusuli dengan syarahan bertajuk “Statistik: Memperkasa Penyampaian Perkhidmatan Awam” yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia serta sesi lawatan di Galeri DOSM.
Back to gallery list
TOP