Sekitar kemeriahan Majlis Warna-Warni Aidilfitri 2025 Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang diadakan pada 24 April 2025 di Ibu Pejabat DOSM, Putrajaya.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato' Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi; YBhg. Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam bin Haji Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI); YBhg. Datuk Dr. Haji Abdul Rahman b. Hasan, Mantan Ketua Perangkawan Malaysia; serta Alumni DOSM (KLASIK).
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga DOSM yang telah bersama-sama memeriahkan sambutan kali ini. Semoga ukhuwah yang terjalin terus mekar dan kita dipertemukan lagi dalam majlis yang lebih meriah seperti hari ini pada masa akan datang.