Dikongsikan gambar sekitar Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang ditandatangani oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia dan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Md Amin Md Taff, Naib Canselor, Universiti Pendidikan Sultan Idris pada 19 Januari 2024 di UPSI Digital Library, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI, Perak.
MoU antara DOSM bersama UPSI ini merupakan pembaharuan kepada MoU yang telah dimeterai sebelum ini pada tahun 2015. Sehingga hari ini, UPSI adalah antara 24 Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara yang telah menjalinkan kerjasama MoU bersama DOSM.