Kunjungan
Hormat YBrs. Tuan Norhisham Mhd Fadzil, Pengarah Wilayah Tengah, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan delegasi kepada YBhg. Dato' Sri Dr. Mohd. Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia dalam memperkukuhkan potensi kerjasama bagi projek penyelidikan serta pembangunan untuk memahami tren sosial dan ekonomi yang mempengaruhi simpanan persaraan rakyat Malaysia.
Semoga kerjasama dan hubungan strategik ini dapat memperkukuhkan Sistem Statistik Negara dalam pembangunan data Negara selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.