Sesi penyerahan Lagu dan Video Muzik Banci Pertanian 2024 kepada Jabatan Perangkaan Malaysia daripada Arikah Prestij Sdn. Bhd. yang diadakan pada hari ini, 6 Disember 2023. Lagu ini berkonsepkan Etnik Pop Rock (Kreatif-kontemporari).
Gabungan serta penglibatan elemen kepelbagaian masyarakat majmuk di Malaysia dicerminkan dalam muzik video ini melalui penggunaan instrumen moden serta tradisional seperti sape, sompoton, sitar, guzheng dan pelbagai alat muzik tradisional lain.
Selain itu, penglibatan artis penyanyi utama tersohor negara Hazama, Jaclyn Victor & Dr.Soo Wincci dalam muzik video ini memberi gambaran yang mewakili kepelbagaian, keharmonian serta rakyat berbilang bangsa dalam negara.
Muzik video ini bertemakan keindahan dan keharmonian Malaysia khususnya dalam sektor Pertanian yang meliputi 4 subsektor Pertanian iaitu Tanaman, Ternakan, Perikanan dan Perhutanan serta Pembalakan.
Lagu dan video muzik Banci Pertanian 2024 ini diciptakan oleh saudara Suhaimi Suhaili (komposer bersama) dan Firlany Malik sebagai Muzik Director / Komposer.