Bengkel Hala Tuju Portfolio EXCO Negeri Terengganu 2023-2026 anjuran Centre of Excellence PITAS (CoE PITAS) telah diadakan pada hari ini, 10 September 2023 (Ahad) di Hotel Tenera, Bangi. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memahami situasi dan potensi semasa dalam menetapkan hala tuju Portfolio EXCO bagi memperhalusi inisiatif untuk Bajet Terengganu 2024.
YBhg. Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia telah dijemput untuk membentangkan Prestasi Ekonomi Negeri Terengganu berdasarkan statistik yang telah dikeluarkan.
Turut hadir dalam bengkel ini adalah YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu, Barisan EXCO dan Pegawai Kerajaan Negeri Terengganu.