Kunjungan hormat yang diketuai oleh YBrs. Tuan Norisham Long, Pengarah Jabatan Penyelidikan dan Strategik, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Ibu Pejabat) dan delegasi kepada YBhg. Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia.
Kunjungan ini bermatlamat untuk mengukuhkan kerjasama strategik dan sinergi antara DOSM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia dalam membincangkan pembangunan kajian berasaskan data ekonomi yang melibatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Semoga kerjasama dan hubungan strategik ini dapat memperkukuhkan Sistem Statistik Negara dalam pembangunan data Negara selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.