Kunjungan Hormat daripada YBhg. Dato' Ts. Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif, Cybersecurity Malaysia dan deligasi kepada YBhg. Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia dalam menjalin kerjasama strategik dan sinergi antara DOSM dan Cybersecurity Malaysia.
Turut hadir YBhg. Datuk Dr. Suhana Md. Saleh, Pengarah Bahagian Ekonomi Makro, Kementerian Ekonomi dan Pegawai daripada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) bagi membincangkan berkenaan status terkini pelaksanaan Pangkalan Data Utama (PADU) yang sedang giat dilaksanakan oleh Sekretariat PADU yang berpusat di DOSM.