Sekitar Majlis Peluncuran Banci Ekonomi 2026 yang dirasmikan oleh YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Haji Mohd Nasir, Menteri Ekonomi serta Forum Banci Ekonomi 2026 yang dilaksanakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 23 Februari 2026.
Turut hadir, YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak merangkap isteri kepada YAB Perdana Menteri.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada moderator dan barisan ahli panel Forum atas kesudian meluangkan masa dan berkongsi kepakaran dalam Forum Banci Ekonomi 2026 pada kali ini. Input yang dibincangkan amatlah bermakna dan pastinya menjadi pemangkin kepada kejayaan agenda ekonomi negara.
Terima kasih juga diucapkan kepada semua tetamu yang hadir memeriahkan reruai pameran sepanjang majlis berlangsung. Sokongan dan interaksi ini bukan sahaja menyemarakkan suasana, malah membuktikan komitmen bersama dalam menjayakan Majlis Peluncuran Banci Ekonomi 2026.