Kementerian Ekonomi bersama Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah menganjurkan Sesi Libat Urus bersama Setiausaha Kerajaan Negeri mengenai Pangkalan Data Utama (PADU) yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Nor Azmie bin Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi.
Sesi Libat Urus dimulakan dengan pembentangan Pembangunan Pangkalan Data Utama (PADU) oleh DOSM, kemudian diteruskan dengan perbincangan PADU dan sesi soal jawab.
Hadir sama, YBhg. Dato’ Luqman Bin Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Makro), YBhg. Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan (DOSM), YBhg. Datuk Dr. Suhana Md Saleh, Pengarah Bahagian Ekonomi Makro serta pegawai-pegawai Kementerian Ekonomi.