↑ Top

Introduction

Pandemik Covid-19 telah melanda negara sejak awal tahun 2020 bukan sahaja menjejaskan ekonomi Malaysia malah juga ekonomi dunia.

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/ PKPB/ PKPP/ PKPD) bermula 18 Mac 2020 telah memberi kesan langsung ke atas pertubuhan perniagaan sama ada menyebabkan penutupan operasi pertubuhan secara sementara atau kekal, perubahan business model, pemberhentian pekerja, kemunculan pertubuhan/industri baharu atau berlakunya perubahan/ pertukaran industri dalam jangka masa pendek.

Sehubungan itu, bagi mendapatkan maklumat yang tepat tentang kesan pendemik ini ke atas ekonomi negara, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaksanakan Survei Ekonomi Tahunan 2022 (AES 2022) bagi Tahun Rujukan 2021 mulai 15 April 2022 hingga 30 September 2022.