↑ Top

Kick Off StatsBDA DOSM

Date   : 2 December 2016 (Friday)

Venue : Le Meridien Hotel, Putrajaya

*Available in Malay version only.

Jabatan Perangkaan Malaysia telah melancarkan Kick Off StatsBDA DOSM sebagai satu platform pemodenisasian statistik rasmi negara dan sekaligus memenuhi hasrat Kerajaan ke arah pelaksanaan Digital Government dalam meningkatkan nilai perkhidmatan awam menerusi Big Data Analytics (BDA). Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Ketua Perangkawan Malaysia, YBhg. Datuk Dr. Abdul Rahman Hasan di Le Meridien, Putrajaya.

Teknologi dan aplikasi Big Data Analitik berpotensi untuk memodenisasikan pengeluaran statistik dan maklumat yang berkualiti serta reliable seiring dengan keperluan agenda transformasi negara.

Dalam menyahut hasrat kerajaan ke arah pelaksanaan Digital Government pada tahun 2020, Jabatan Perangkaan Malaysia akan mulakan inisiatif dalam meningkatkan nilai perkhidmatan awam menerusi Big Data Analytics (BDA) kata Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Dr. Abdul Rahman Hasan dalam satu Majlis Pelancaran Kick-Off StatsBDA baru-baru ini di Putrajaya. 

“Pembangunan projek StatsBDA Jabatan Perangkaan Malaysia yang dilaksanakan bersama Telekom Malaysia Berhad ini akan menyaksikan perubahan terhadap proses generik bisnes statistik daripada kaedah konvensional kepada kaedah moden yang lebih komprehensif.”

“Perubahannya dilihat dari segi proses pengumpulan, penyusunan, analisis atau penyebaran data yang merangkumi elemen price intelligence trade characteristics dan sentiments of official statistics di samping mengeluarkan indikator-indikator baharu bagi pengeluaran statistik rasmi negara.”

Beliau memaklumkan bahawa data yang komprehensif ini dapat digunakan oleh kerajaan dalam penggubalan polisi yang lebih mampan di samping meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan di mana Inisiatif yang diambil oleh kerajaan ini selaras dengan Rancangan Malaysia KeSebelas iaitu Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat.

“Negara-negara membangun yang mengadaptasi teknologi Big Data dalam menghasilkan statistik rasmi antaranya adalah Statistics Denmark, Australian Bureau Statistics, Singapore Department of Statistics dan Statistics Canada.”

“Pelaksanaan ini berupaya memberi impak penting terhadap proses membuat keputusan berasaskan data dan fakta melalui penyediaan maklumat terkini (real-time information) serta hasil daripada predictive analytics yang dilaksanakan.” tambah beliau.

Selaras dengan perkembangan ini, projek StatsBDA Jabatan Perangkaan Malaysia dapat meningkatkan keupayaan Kerajaan dalam membuat keputusan berasaskan data dan fakta, pembangunan bakat tempatan dalam BDA sekaligus menyahut keperluan kritikal agenda transformasi negara.