↑ Top
DOSM Community
Respondent
Public
Sunday, 19 November 2017|

Majlis Pelancaran MyCensus 2020

Date: 29 October 2017 (Sunday)

Venue: Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Likas, Sabah

Majlis Pelancaran MyCensus 2020 telah dilaksanakan pada 29 Oktober 2017 (Ahad) bertempat di Dewan Serbaguna, Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah.  Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd. Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia.

Objektif utama Majlis Pelancaran Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia, 2020 diadakan adalah seperti berikut:

  1. Memberi pemakluman awal kepada semua agensi kerajaan, pihak swasta, media, institusi pendidikan dan orang awam berkaitan pelaksanaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia, 2020;
  2. Berkongsi maklumat berkaitan sejarah dan statistik penting yang diperoleh  daripada Banci Penduduk dan Perumahan di Malaysia serta menyampaikan statistik terkini yang dikeluarkan oleh DOSM kepada pengguna dalam bidang kependudukan dan demografi;
  3. Memberi ruang dan medium interaksi antara anggota DOSM dengan Agensi/ Kementerian/ Jabatan/ Institusi Pendidikan/ pihak media serta orang awam dalam mendapatkan maklum balas berkaitan pelaksanaan Banci Penduduk dan Perumahan di Malaysia